top of page

PENGENALAN

EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 adalah penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam merupakan salah satu inisiatif ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan. Langkah penjenamaan semula ini sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa yang sentiasa menekankan peningkatan prestasi dan daya saing organisasi disamping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan dan agensi sektor awam.

​

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA adalah berteraskan Amalan 5S ( Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dan ditambah baik dengan penambahan beberapa elemen - elemen baharu iaitu :

​

  • Imej Korporat

  • kreativiti & Inovasi

  • Amalan Hijau

  • Persekitaran Kondusif

bottom of page